Wednesday, July 23, 2014

"InsyaAllah": Kenapa perlu?



 And never say of anything, "Indeed, I will do it tomorrow"
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".








Except [when adding], "If Allah wills." And remember your Lord when you forget (it) and say, "Perhaps my Lord will guide me to what is nearer than this to right conduct."
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

Kenapa InsyaAllah adalah suatu keperluan apabila kita berjanji?

Dalam dunia ini, setiap hembusan nafas, pergerakan angin, malah pergerakan bumi dan bulan semuanya berada di bawah kawalan Allah Azza Wajalla. Sehinggakan kita sendiri tidak pasti bahawa esok akan jadi milik kita lagi atau tidak. Semua ini menunjukkan bahawa kita perlukan Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Termasuklah melakukan perjanjian.

Disebabkan itu, kita wajib meletakkan InsyaAllah bilamana kita berjanji atau memberi kata-kata yang kita tidak pasti kebenarannya lagi supaya semuanya disandarkan semula kepada Allah.

Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w apabila ditanya oleh Ahli Kitab mengenai pemuda-pemuda Kahfi, Rasulullah s.a.w tidak mengetahui jawapan kepada soalan yang diajukan oleh Ahli Kitab lalu baginda memberi janji seperti, "Aku tidak tahu jawapan untuk soalan itu, esok aku akan memberitahu kamu." Lalu, Allah mengkritik cara Rasulullah s.a.w. dalam memberi janji dengan menurunkan ayat 23-24 surah Al-Kahfi sebagai satu teguran.

Meletakkan InsyaAllah sebenarnya menunjukkan adab yang mulia apabila berjanji. Kebanyakan orang berpendapat bila kita berjanji dan menggunakan perkataan InsyaAllah, itu menunjukkan kita tidak akan bersungguh-sungguh dalam mengotakan janji tersebut. Perkara ini salah kerana dalam ayat 24, Allah berfirman, "Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini." Ayat ini menyatakan kepada kita bahawa Allah sahajalah tempat kita bergantung untuk memimpin kita ke jalan yang lebih baik.

Namun, ada sesetengah masyarakat pula mengambil ringan apabila sudah mengucapkan InsyaAllah dalam berjanji. Ada yang mengambil kesempatan dengan tidak berusaha bersungguh-sungguh apabila sudah berjanji malah ada yang duduk bersenang-lenang kerana baginya, "Aku sudah mengucapkan InsyaAllah maka aku serahkan semuanya pada Allah." Ini merupakan adab yang teruk kerana Allah tidak akan menolong kita jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya kerana setiap usaha itu dikira. Jika kita tidak mampu walaupun segala tenaga telah digunakan untuk mengotakan janji tersebut barulah kita boleh menyerahkan semuanya pada Allah.

Wallahu'alam.

Tuesday, July 22, 2014

Syawal; Bagaimana meraikan kemenangan hakiki?

Assalamualaikum,

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh barakah di mana semua perkara menjadi mudah. Kita mudah untuk solat berjemaah di surau atau masjid, berkongsi nikmat yang diberikan kepada kita, menghabiskan satu juzuk Al-Quran dalam satu hari dan hari-hari seterusnya, malah, mudah untuk menghafal surah-surah yang ada di dalam Al-Quran. Sehinggakan kita merasakan bahawa kita telah hidup dan beramal dengan sangat cemerlang.

Beberapa hari sahaja lagi ucapan sayonara Ramadhan akan diucapkan. Pada hari pertama Syawal, kita akan sibuk dengan kedatangan ahli keluarga, aktiviti ziarah menziarah, dan pergi ke rumah rakan-rakan. Persoalannya, di manakah hilangnya masa untuk solat berjemaah di rumah Allah? Di manakah hilangnya keupayaan kita untuk menghabiskan satu juzuk satu hari?

Dalam menghadapi bulan Syawal, perlu kita sedar bahawa kemenangan hakiki apabila amalan-amalan 'hebat' kita di bulan Ramadhan akan dapat diteruskan malah ditingkatkan ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Ustaz Nouman Ali Khan dalam videonya berkata, "30 days (Ramadhan), Allah puts syaitan away and He allows us to train ourselves to get stronger. Then, the days are over and you will be facing the real danger outside and the real enemy, the syaitan."

Kita perlu tanya diri kita semula sama ada keluarnya kita dari bulan Ramadhan kita akan menjadi orang yang berjaya atau tidak. Amalan-amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan masih diteruskan atau tidak. Jika tidak, latihan atau modul-modul yang kita pilih semasa Ramadhan rugi begitu sahaja. Oleh itu, apakah langkah-langkah yang perlu kita buat seusai Ramadhan.

1. Kita perlu meningkatkan usaha menambah kualiti amalan kita. Sebagai contoh, amalan solat berjemaah. Jika sebelum ini kita sampai ke masjid apabila iqamah dilaungkan, maka kita ubah dan paksa diri kita untuk berada di masjid sebelum azan dilaungkan supaya kita ada masa untuk solat sunat dan membaca Al-Quran.

2. Melakukan pemeriksaan terhadap mutaba'ah amal kita ketika Ramadhan supaya semua pekerjaan baik itu tidak terbengkalai. Bersungguh-sungguh pada awalnya, tetapi makin perlahan atau terus ditinggalkan apabila Ramadhan sudah tiada. Ini adalah penyakit. Senarai amalan kita mestilah berterusan walaupun Ramadhan sudah habis.

3. Perlu ada satu usaha untuk memperbaiki tahap keimanan dan ketakwaan kita dari semasa ke semasa. Dengan mendekatkan diri dengan Al-Quran dan rajin membaca terjemahannya maka rahmat Allah itu akan sentiasa bersama kita.

Kesimpulannya, Ramadhan adalah bulan latihan bagi Muslim supaya bersedia menghadapi dugaan selepasnya. Jika amalan-amalan baik makin berkurang maka segala usaha kita di bulan Ramadhan hanyalah semata-mata kita takut dengan azab Allah atau lebih teruk lagi kerana orang lain pun puasa, mak ayah kita puasa dan kita hanya ikut arus sedangkan perkara yang lebih utama adalah redha dan rahmat Allah. Supaya kita menjadi insan yang berjaya apabila tibanya Syawal. Akhir kata, mari kita renung dan hadam hadis ini bersama-sama, InsyaAllah.

"Rugilah sesiapa yang mendapat Ramadhan tetapi tidak diampunkan oleh Allah Azza Wajal ke atasnya" (Riwayat Bukhari)

Wallahua'alam.

Monday, July 21, 2014

Offer for a job

Assalamualaikum. Hi,

Currently, my friends and I, we are in a group of production, Ghuraba' Productions where we write, draw and make videos. All these stuff will be posted into our facebook page, Ghuraba' Productions.

What kind of writing we write, what kind of drawing we draw and what kind of video we make?
So, we are focusing on da'wah messages. We encourage people to do good deeds in our daily life. Every Islam's values or anything you think is good to be shared or done will be posted. Plus, we do these for free. Because we believe, Allah will give what we deserve as return for our actions. Maybe in this world or maybe in life hereafter.

But, right now, we have a problem where we have small number of members who can give commitment. So, I would like to offer to my readers, who wants to join me? You can send me an email and a brief explanation about you and why you want to work with us.

Saturday, July 19, 2014

A welcome post

Assalamualaikum and a very good day to the readers.

This would be my first post for my new blog. FYI, I had another blog before but due to maturity level, I hide that blog because that boy is not the same as this man anymore. Physically, yeah, they are the same person but in term of thought, idea, and perspective, they are different. Honestly, this man learned many things from that boy and because of it, this man now has his own will or desire to look forward, to change the world.

In this blog also, this man hope all the ideas that have been shared can change the readers perspective because I believe this man already achieved a certain level of maturity which will benefit people. So, to the readers I hope this warm-welcome-post will make you get excited on what will be posted after this. If you see I start not to post anything, please comment or send a notification at my facebook and say, "Hey man, you are being slow lately. I need your idea on what's going on right now. Please, write again.

That's all from me, may Allah bless us. Jzzk.